Monday, November 9, 2009

POS Material baru!!


Bersempena dengan imej jelly kelapa yang baru, pihak syarikat akan memperkenalkan POS Material yang baru. Bunting dan banner ini akan diletakkan disemua outlet yang menjual produk jelly kami. Ini juga akan memperkuatkan branding baru kami. So sesiapa yangberminat untuk menjual produk2 kami, kesemua POS material ini kan diberikan percuma (utk 15 usahawan pertama shj).

Membina Imej Baru yang lebih "FRESH"


Salam rakan2 seperjuangan, setelah sekian lama mendiamkan diri dari blog jely kelapa ini, kini saya kembali untuk terus memanjangkan langkah perjuangan saya di dunia ini. Alhamdulillah segala usaha untuk memberikan imej baru kepada produk jelly kelapa ini telah membuahkan hasil dengan jenama "elmina".

Bukan hanya imej sahaja baru, malah kami akan melancarkan beberapa iklan di dalam media cetak & media baru untuk lebih memperkenalkan produk saya kepada masyarakat pengguna di Malaysia.

Demi masa depan produk & bisnes, kami sanggup untuk mengeluarkan sedikit perbelanjaan (esp. dlm urusan pengiklanan & promosi).

Semoga perancangan kami akan berjalan dengan lancar & menemui kejayaan...insyaallah

Monday, August 24, 2009

Jelly Kelapa @ bazaar ramadhan

Ramadhan menjelang lagi. Permintaan tahun ni utk supply kat bazaar ramadhan makin meningkat, alhamdulillah. Antara tapak2 bazaar yang menjual jelly kelapa saya...

1) Seksyen 7, Shah Alam
2) Seksyen 3, Shah Alam
3) Sg Sekamat, Kajang
4) Bandar Mahkota Cheras
5) Taman Bukit Subang, Shah Alam
6) Sg. Merab, Bangi (kt Kedai Burger Khadijah)
7) lain2 Coming soon

semoga sambutan akan terus meningkat sehingga.. menjelang syawal.. amiin

Sunday, July 26, 2009

JELLY KELAPA MASUK PASARAYA PAK AJI

Alhamdulillah mulai 1/8/09 Jelly Kelapa akan memasuki rangkaian Pasaraya Pak Aji. Pasaraya Pak Aji adalah satu-satunya pasaraya yang menjual produk halal keluaran bumiputra muslim dan beroperasi 24jam di Bandar Tun Razak. Mereka mempunyai 7 rangkaian Mini Halal Mart di sekitar Lembah Kelang. Rangkaian ini akan bertambah banyak melalui program yang dijalankan bersama Yayasan Tekun.

Marilah kita sama-sama menyokong usaha murni yang mereka jalankan.... Belilah produk Keluaran Bumiputra Muslim yang pasti suci & halal.

Tuesday, June 30, 2009

Iklan Di Akhbar

Iklan yang telah diterbitkan di dalam Akhbar Sinar Harian pada 1 - 7 July 2009. Moga2 mendapat respond yg baik daripada para usahawan & penggemar produk Jelly Kelapa. Saya jangkakan di dalam masa 7 hari ini permintaan untuk menjadi agen/membekal jelly kelapa akan semakin meningkat. Ini berdasarkan respond yg saya terima pagi tadi.

Saya sering mendapat pertanyaan tentang harga agen & runcit Jelly Kelapa, berikut adalah harganya :

Saiz Harga Borong Harga Runcit (Cadangan)
Besar 80sen/cup RM1.20/cup
Kecil 50sen/cup RM0.70/cup
*minimum order adalah 100cups

Harga di atas adalah termasuk penghantaran di sekitar Lembah Klang Sahaja, caj penghantaran akan dikenakan untuk luar Lembah Klang.

Manakala untuk yang mengambil sendiri di tempat kami, diskaun akan diberikan!!

Thursday, June 25, 2009

Senarai Terbaru Pusat2 Jualan Jelly Kelapa

Alhamdulillah.... bertambah ramai pengedar yg telah mulai menjual Jelly Kelapa, antara yang terbaru :

En Sham@KLIA (019-3083709)
En Maskur
@Gombak (012-6637614)
Zuraline Enterprise-Agen Hulu Langat/Putrajaya (013-3063120)
Cik Nini
@Kantin USIM caw Pandan Indah (012-3557601)
Pn Mila@Kedai Tomyam Keramat Permai (013-2838575)
Pn Ida@SMK Desa Petaling (o16-2364124)
Pn Ima@Section 26, S. Alam (012-2334689)
Pn Yulina@Kantin MAIS, S Alam (019-3917736)
En Yani@RnR Guthrie Hiway, S. Alam (016-9936916)
Pn Hawa@AU3 Keramat (016-9976916)
Pn Rina@Sri Kembangan (017-3667470)
En. Roni@Bazarina, S Alam (016-2661723)

Insyaallah mulai minggu depan kami akan menjalankan promosi2 yg
lebih agresif i.e. iklan kecik2 kt newspaper & brochure.

moga2 usaha ini akan diberkati, insyaallah. amiin

Sunday, June 21, 2009

MAKIN RANCAK INDUSTRI JELLY KELAPA

Dah lama aku tak jengok bazarina kt stadium s alam. Smlm g jengok2 lepas anta jelly kt peniaga kt situ. Mak oi, makin ramai plak org menjual jelly kelapa.......dengan erti kata lain mkt makin besarlah! tapi kena share dgn org2 lain. nak wat camana..adat meniaga cam tu la.

Walau ramai org dah mula menjual jelly kelapa...mkt yg aku ada makin besar, maknanya ok la tuh. kalau kita layan mkt sorang2 tak larat...besar sgt. So peminat jelly kelapa segar skrg dah blh beli kat kantin MAIS, kat bazarina, kt r&r guthrie, keramat AU3, Sri Kembangan dan beberapa lagi lokasi very soon. nak lagi senang, tepon je.