Saturday, May 31, 2008

Pembukaan Pasaran Baru

Bermula esok terdapat beberapa pasaran baru Jelly Kelapa. Antaranya, Bangunan MAS, KWSP, Hotel Grand Seasons, Danau Kota dan Batang Kali. Dengan pasaran baru dan yang sedia ada ini diharapkan akan meningkatkan lagi permintaan Jelly Kelapa. Masih ramai agen-agen baru yang berminat untuk menjadi pengedar termasuk dari luar Lembah Klang.

Saya akan update detail pasaran2 baru ini termasuk no telefon agen2 untuk memudahkan para pelanggan berurusan secara terus.

Thursday, May 29, 2008

"new image" - 1st step to go further


Alhamdulillah... selepas menerokai pasaran Lembah Klang (walau belum teroka habis lg), sy telah memulakan langkah ke arah pengkomersilan Jelly Kelapa. Label yang blh dilihat di dalam gambar di atas adalah dlm proses percetakan lagi. Kami akan memastikan proses pengkomersilan ini tidak akan menaikkan kos production dgn drastik, langkah2 kawalan akan diperketatkan. Kami akan memastikan margin keuntungan para pengedar tidak akan menurun. selepas ini bila anda semua melihat label jelly kelapa yg berwarna hijau & cun ini, tau lah korang semua inilah produk jelly kelapa sy.

Untuk makluman, proses manaik taraf image jelly kelapa ini adalah disebabkan terdapat beberapa organisasi besar (spt hotel & supermarket) yg mula berminat & telah memulakan rundingan utk mendapatkan produk ini. mintak2 semua berjalan dgn lancar...... amin.

Saturday, May 24, 2008

Permintaan Tinggi Pada Hujung Minggu

Mengikut track rekod kami, permintaan Jelly Kelapa meningkat setiap hujung minggu. Permintaan ini didorong oleh tempahan majlis kenduri/keramaian. Nampaknya orang ramai dah mula menyukai Jelly Kelapa untuk hidangan pencuci mulut/buah tangan. Kalau dulu masa kenduri kawin org bagi bunga telor jer, sampai bila ada 4/5 kenduri serentak tak larat nak makan telor. last2 telor2 tu mak saya selalu masak sambal.... at least tak lah terbuang camtu aje. Sekarang orang dah mula bagi cake, cookie, jelly, sweets etc. lagipun makan telor byk2 pun tak berapa elok.

Buat masa ni memang capacity production jelly akan ditumpukan semasa weekend (jumaat - ahad). so far alhamdulillah masih lagi mampu untuk memenuhi permintaan. semoga trend hidangan jelly untuk majlis2 keramaian terus diterima oleh masyarakat kita... amin.

Wednesday, May 21, 2008

Tempahan Jelly untuk kenduri sempena musim cuti sekolah masih diterima




Assalamualaikum,

Pihak kami masih membuka tempahan Jelly Kelapa sempena majlis kenduri semasa cuti sekolah yang akan bermula hari sabtu ni. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan awal untuk mengelakkan daripada kehabisan stok di saat2 akhir. Untuk pengetahuan semua, kami hanya menyimpan stok yang terhad untuk satu2 masa & pembuatan Jelly akan dilakukan sebaik tempahan diterima untuk memastikan kesegaran Jelly Kelapa kami.

Pihak kami dengan kerjasama MARDI senang membuat ujian ke atas Jelly Kelapa yang ditambah pengawet, ini bertujuan untuk memanjangkan tempoh hayat Jelly Kelapa daripada 5 hari kepada 2 minggu. Walau bagaimanapun pihak MARDI akan memastikan kelazatan & khasiat Jelly Kelapa kami tidak akan berubah selepas ditambah bahan pengawet yg dibenarkan.

Terima kasih atas sokongan daripada semua pelanggan selama ini. Kami akan mempertingkatkan kualiti produk & perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

Sunday, May 11, 2008

Arep........satu hari mantap!



tahniah, tak sangka 300 cups leh abis dlm masa 3 jam. "lebih power dari pisang goreng panas", apa-apa pun semua ni rezki dari Allah Ta'ala, alhamdulillah. semoga di masa2 depan bertambah lagi rezki kita. amiin.

kongsi2 la cerita kat thread BJ, camana tektik ko menjual 300cups dlm masa 3 jam.

Wednesday, May 7, 2008

event.charity.profit


alhamdulillah, jelly kelapa semakin mendapat tempat untuk event/majlis keramaian. setiap minggu ada je event2 yg nak order jelly kelapa. tapi yang best nyer, next week punya event ni mmg special. sambil menjual kita beramal & buat untung. event2 camni yg kita kena terokai. bukan setakat untung je, malah pahala pun dpt, insyaallah.

so, sapa2 yg ada event2 charity mcm fund raising ker, blh la kita bekerjasama. jgn la nak pulun pahala sorang2, bagila sama-sama merasa pahala tuh. moga2 murah rezki kita semua.

Sahabat Forum Bicara Jutawan

"Subhanallah..... batu pun tau bersujud,
betapa besar kekuasaanNya"


Salam semua,

Ramai sahabat2 baru yg aku jumpa thru Bicara Jutawan forum. Aku yakin sahabat2 yg baik, yang berjiwa besar, bersemangat tinggi dan berfikiran positif akan membawa aku trus menuju ke alam jaya yang aku idamkan selama ini. Alam di mana aku mampu berdiri di atas kaki sendiri, mampu memimpin rakan2 baik ku ke arah satu hidup yang penuh erti, mampu mentafsirkan erti 'keikhlasan sejati' dlm segala sumbangan di dalam perjuangan mengejar dunia hakiki. Itulah yang aku cari dalam setiap langkahku. Aku pasti, ia akan jadi sebuah realiti buat kita semua , insyaallah.

Bukan hanya kekayaan akan memberi erti kebahagiaan, kekayaan & wang ringgit hanya akan menjadi satu penyampai/kenderaan untuk kita mencapai bahagia yang hakiki. Bahagia dunia & akhirat, insyaallah.

Terima kasih sekali lagi buat sahabat2 BJ atas teguran, nasihat, pandangan, sokongan & masa yang korang luangkan untuk ku di alam cyber ini.

bye

Monday, May 5, 2008

TEMPAHAN JELLY UNTUK KENDURI KAWIN

Tempahan dibuka untuk majlis kenduri kawin/doa selamat/usrah/keramaian/lain2 majlis. Terdapat 2 size (normal & kecik). harga blh dirunding. memandangkan cuti sekolah dah dekat, maka ramailah pasangan2 yg akan melangsungkan perkahwinan, semoga majlis korang yg menjadi satu memori yg sgt manis semanis jelly kelapa ku..... he he

Sunday, May 4, 2008

SEDEQAH JELLY @ MASJID EHSAN

Insyaallah, minggu ni giliran masjid al ehsan @ kelana jaya akan diberi sedeqah jelly kelapa semasa majlis baca yassin & marhaban mlm jumaat. moga2 ramai yang akan mengimarahkan masjid al ehsan & masjid2 lain kat bumi ini.

TIADA JALAN MUDAH KE PUNCAK

Salam smua,

dah masuk 4 hari aku tak menulis kat blog ni, rindu rasanya nak menulis. sepanjang 4 hari aku terlalu sibuk dgn production jelly kelapa & delivery. alhamdulillah, di kesempatan ini aku nak berterima kasih secara personal kepada sahabat2 yg terus memberi sokongan kepada bisnez yg aku jalankan sekarang.

buat cikgu nik, terikasih kerana percaya dgn produk yg aku keluarkan, walaupun kita tak pernah jumpa & cikgu tak pernah mencuba macamana rasa jelly kelapa ni - namun kepercayaan yang diberikan amat di sanjung tinggi. teret la team cikgu, dlm masa 3 jam je jelly yg aku anta dah nak abis. kalau event smp ptg sure licin. next time kita jual lagi bila ada event2 yg macamni.

azmi_tshirt & 1305, respect la kat korang. sanggup mengharungi hiway yg mahal tol nya utk sampai kat r&r, nasib baik ada lagi stok kat situ. kalau la tak ada, macamana ye. kalau aku jadi korang sure dah ngamok2. nnt bila ada rezki & umur panjang, kita jumpa & borak2, insyallah.

buat smua pengedar2, terimakasih atas support selama ni & harap trus support smp bila2. caya la kat korang sume.

buat bini aku yag trus menemani aku masa buat jelly (kdg2 trus smp pagi) - "love you so much"